Selamat Datang di Blog GIPSI Generasi Pendengar Setia Wadi 102.0 FM Radionya Keluarga Muslim

Rabu, 03 September 2008

Rindu Cahayamu


Jingga yang dulu bercahaya,

Kini telah di penuhi oleh debu-debu yang berceceran

Jangan buat dunia islam selalu murung,

Ayo kawan kita telah melihat,

Kita telah mendengar dengan kepala kita

Lalu mengapa kita hanya bisa diam

Senjata-senjata berat mereka…

Dapat kita kalahkan hanya dengan kekuatan kita wahai pemuda

Jangan biarkan islam ternoda oleh para zionis biadab

Semua sedang menantimu wahai generasi robbani !!!

Semua menanti generasi yang kita dambakan

Mengapa kita harus selalu mengalah pada

Para zionis terkutuk

Hanya bangsa yahudi

Yang Allah laknat,

Kami meminta kembalikan cahaya yang dulu berkilau

Hanya dinegeri para Anbiya

Kerikilpun menangis karena tersakiti

Jadikan kerikil itu senjata kalian

Ketika dunia islam terkoyak

Hanya satu kata yang kita usung

Menang atau Syahid dalam Ridho_Nya

3 komentar:

abib mengatakan...

CaHayA JuNgJuNgan SAW


Hari Jumaat digalakkan kita untuk memperbanyakkan sholawat dan salam atas Junjungan Nabi s.a.w. Sholawat itu amalan yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim yang mengaku dirinya pengikut dan umat Rasul teragung ini. Para ulama dan shulaha` sentiasa memperingatkan kita untuk banyak-banyak bersholawat ke atas Rasul Junjungan s.a.w. Mereka yang memperbanyakkan sholawat akan memperolehi manfaat dan kelebihan yang besar daripada Rabbul Jalil azza wa jalla. Buat nukilan sempena hari yang berkat ini, aku nukilkan tulisan Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz bin Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya "Irsyadul 'Ibaad ilaa Sabiilir Rasyaad". Syaikh Zainuddin ini adalah anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan beliau adalah ulama Syafi`i yang besar dan merupakan pengarang kitab "Fathul Mu`in" yang masyhur. Pada halaman 65 kitab tersebut beliau menulis:-

Dalam kitab "Syaraful Musthofa" bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah r.'anha menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi s.a.w. dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya baginda s.a.w. sehingga Sayyidatina 'Aisyah r.'anha dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. Sayyidatina 'Aisyah r.'anha berkata: "Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah." Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya: "Siapa yang tidak dapat melihatmu?" Junjungan s.a.w. menjawab: "Orang bakhil." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya lagi: "Siapakah orang bakhil?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku."

Kisah yang serupa juga disebut oleh Kiyai Agung dalam "Nafahatul Miskiyyah" yang diterjemah oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi dengan jodol "Hembusan Kasturi", di mana pada halaman 20 dinyatakan:-

Telah diriwayatkan daripada Sitti 'Aishah bahawa ia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahor (suboh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata: "Hai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu," dan seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada Hari Kiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil (lokek)." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab Rasulullah: "Alladzi dzukirtu 'indahu fa lam yushalli 'alayya" ertinya "Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan selawat bagiku."

Allahu ... Allah, bertuahlah sesiapa yang memandang dan mengambil manfaat dengan cahaya Junjungan Nabi s.a.w. Siti 'Aisyah sebagaimana segala sahabat semuanya memandang dan melihat cahaya nubuwwah pada diri Junjungan s.a.w. dan mereka mendapat manfaat bagi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam mencapai redha Ilahi. Sedangkan Abu Lahab yang dahulunya saban hari melihat dan memandang Junjungan s.a.w. telah gagal melihat dan memanfaatkan cahaya tersebut kerana Abu Lahab hanya melihat Muhammad si anak yatim dan bukannya Muhammad Rasulullah s.a.w. Lalu bagaimana pandangan kita terhadap Junjungan Nabi s.a.w.? Mudah-mudahan kita memandang baginda sebagaimana para sahabat memandangnya.

abib mengatakan...

Hadits Jabir berhubung Nur Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam 'Abdur Razzaq terus menjadi pertikaian. Sebahagian mentsabitkannya, manakala sebahagian lagi menolaknya dengan alasan ianya tidak dijumpai termaktub dalam Musannaf beliau. Sebahagian menjadikan ketakwujudan atau mungkin ketakjumpaan hadits tersebut dalam Musannaf sebagai alasan untuk menolak dan membid'ahsesatkan konsep Nur Muhammad. Manakala sebahagian lagi yang menolak tsabitnya hadits Jabir tersebut, tidak pula menolak konsep Nur Muhammad, cuma menolak pentsabitan hadits tersebut. Walau apa pun, wujudnya perbezaan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini termasuk dalam perkara khilafiyyah yang berlaku di kalangan ulama. Maka sewajarnya kita menjaga adab dalam perkara ini demi keutuhan ukhuwwah dan perpaduan umat sejagat.

Majalah Dakwah Bulanan yang dibawah penyeliaan dan pimpinan Habib Taufiq as-Segaf, "Cahaya Nabawiy" edisi No. 63 Tahun VI Rajab 1429, turut memuatkan jawapan pengasuh ruangan Istifta'nya, Ustaz Muhibbul Aman Aly, berhubung hadits Nur Muhammad ini.


Hadits tentang Nur Nabi Muhammad SAW ini diriwayatkan oleh Imam Abdur Rozaq. Hadits ini disebutkan oleh beberapa ulama dengan riwayat dari Abdur Rozaq, diantaranya disebutkan oleh Syekh Sa'dud Din at-Taftazani dalam kitab "Syarh Burdatul Madikh", Syekh Sulayman al-Jamal dalam kitab "Syarh al-Syamail", Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami dalam kumpulan fatwa haditsnya, Syekh Ahmad al-Showi al-Maliki dalam kitab "Bulghotus Salik", Syekh Abdulloh al-Khifaji dalam kitab "al-Siroh al-Halabi" dan ulama-ulama lainnya. Ada sebahagian orang yang meragukan keberadaan hadits ini, karena redaksi hadits ini tidak ditemukan dalam kitab Musnad (kumpulan hadits) Abdur Rozaq yang beredar saat ini, tetapi alasan ini tidak kuat, karena terbukti para ulama dahulu banyak mengutip hadits ini dari riwayat Abdur Rozaq. Ini bererti redaksi hadits ini termuat dalam manuskrip kitab Musnad Abdur Rozaq yang beredar pada zaman dahulu, dan yang beredar saat ini bukan manuskrip yang lengkap sebagaimana yang diterima oleh para ulama pada masa dahulu.

Pada tahun 1428H / 2007M, Syekh 'Isa bin Abdulloh al-Khimyari, seorang ulama ahli hadits, mengaku telah menemukan manuskrip kuno kitab Musnad Abdur Rozaq yang didalamnya tertulis beberapa hadits yang tidak ditemukan dalam cetakan yang beredar saat ini. Termasuk di dalamnya hadits tentang Nur Muhammad SAW ini. Meskipun penemuan ini masih diragukan oleh sebahagian kalangan, yang jelas hadits ini telah banyak dinukil oleh para ulama terdahulu. Ini sudah cukup membuktikan keberadaannya. Terlepas dari perbedaan pendapat para ahli hadits tentang kesahihannya.

Beginilah kedudukan hadits Nur Muhammad yang diriwayatkan oleh Sayyidina Jabir r.a. Dalam penolakan sebahagian, sebahagian pula menerima dan mentsabitkannya. Apa yang jelas, para ulama daripada kalangan habaib Bani 'Alawi pada umumnya menerima dan berpegang dengan hadits tersebut sebagaimana termaktub dalam karya Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi yang termasyhur "Simthud Durar" yang menyatakan.

abib mengatakan...

Nur MuhaMmAd SAW

Quthubul Habib 'Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi rhm. dalam mawlidnya "Simthud Durar" menulis antara lain:-

*
......Telah sampai kepada kami dalam hadits-hadits yang masyhur, bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan dalam pribadi ini (yakni Junjungan Nabi s.a.w.). Maka nur insan tercinta inilah makhluk pertama muncul di alam semesta, daripadanya bercabang seluruh wujud ini, ciptaan demi ciptaan, yang baru datangnya ataupun yang sebelumnya (yang yang terlebih dahulu datangnya dari yang kemudian).
*
Sebagaimana diriwayatkan Abdur Razzaaq dengan sanadnya sampai kepada Jaabir bin 'Abdullah al-Anshaari (semoga ridha Allah atas keduanya): "Bahawasanya ia pernah bertanya: "Demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah, Beritahukanlah kepadaku tentang suatu yang dicipta Allah sebelum segalanya yang lain (yakni sebelum segala makhluk yang lain). Jawab baginda: "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur nabimu Muhammad s.a.w. dari nurNya sebelum sesuatu yang lain."

Ikhwah, jika dikatakan bahawa Allah menciptakan nur Muhammad ini daripada nurNya, maka yang dimaksudkan di sini adalah nur yang menjadi milik Allah, bukannya sebahagian daripada zat Allah yang Maha Suci dan Maha Esa daripada berjuzuk-juzuk dan berpisah-pisah. Inilah yang dikatakan idhafah tasyrifiyyah iaitu suatu sandaran untuk memuliakan sesuatu. Sama seperti kita sandarkan bait (rumah) kepada Allah seperti BaitUllah (rumah Allah) atau ka'baatUllah (ka'bah Allah) dan sebagainya. Sebahagian golongan tersesat kerana beranggapan bahawa nur Muhammad ini asalnya adalah sebahagian dari zat Allah kerana beranggapan bahawa nur itu adalah sebahagian daripada zat Allah. Ini menjadikan pegangan mereka seumpama pegangan nasrani terhadap ketuhanan Nabi Isa a.s. Jelas ini bukanlah pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kita berpegang bahawa Nur Muhammad ini adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak lebih daripada itu walau betapa hebat dan agungnya ciptaan ini.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.